Salam pertama di ruangan tips membeli mesin jahit.

         Terlalu banyak pilihan dan pelbagai model mesin jahit di pasaran. Semestinya harganya juga berbeza mengikut kriteria dan penggunaan setiap model mesin jahit. Faktor ini semua mempengaruhi keputusan  anda untuk membeli mesin jahit. Kali ini, jan ingin berkongsi sedikit tips untuk anda membeli mesin jahit. Moga manfaat untuk bersama.

Apakah penggunaan anda untuk mesin jahit yang akan dibeli. Bagi jan, jahitan jan lebih kepada jahitan komersial, baju kurung, kurung moden, kebaya, baju melayu. 


Teruja ingin berkongsi dengan kalian, tentang jahitan baru jan.. Jahitan kreatif, jan dah berjaya buat beg sendiri. ;). Antara yang kalian perlu fikirkan adakah anda ingin menjahit untuk seperti berikut atau salah satu.......
  • Menjahit secara industri/ komersial.
  • Menjahit sebagai memenuhi masa lapang.
  • Menjahit lebih banyak kepada fabrik yang tebal ( alteration jeans ).
  • Menjahit produk-prduk jahitan kreatif ( bag, quilting, pencil case dan lain-lain). 
Mesin jahit secara amnya boleh saya kongsikan di sini.

  • Mesin jahit untuk digunakan sendiri. Bukan industri, seperti gambar dibawah. Model 1518, antara produk mesin jahit SINGER yang 'favourite '.

Mesin jahit manual. Model 1518

  •  Mesin jahit pelbagai corak, gambar di bawah antara model mesin jahit SINGER yang baru disertakan sekali 19 corak yang  menarik. Sesuai untuk individu yang baru berjinak-jinak dengan dunia mesin jahit.  
Psst......Jan dah beli satu, selain mengekalkan ciri-ciri tradisi tambahan kriteria dia yang ringan dan mudah alih. Memberi kemudahan pada saya untuk membawa ke mana saja.




    Mesin jahit elektrik. 19 corak jahitan.





    Ok, cukup setakat ini dahulu entri kali ini.  Entri akan datang kita sambung dengan mesin jahit 
    industri dan mesin jahit kelim tepi 'overlock '.

    Kenal kami..Ai MARZ Design and Creations

    Salam.

    Ezy Kurung adalah teknik menjahit baju kurung yang amat mudah dan ringkas.
    Apa yang membuat hati saya berbunga-teknik Ezy Kurung telah berjaya di kuasai
    oleh peserta training asas jahitan ini dalam masa yang sangat singkat ....... dalam masa 24 jam sahaja. Walaupun tiada asas dalam menjahit.

    Apa yang kami utamakan dalam training jahitan ini... anda dapat menyiapkan baju kurung masing-masing....atau dengan kata lain... Anda belajar baju kurung sampai siap. Nah ..... tidak rugi kan?

    Seterusnya kami akan post pakej training belajar jahit kami...

    pssst: Pilihan di tangan anda.